Thursday, 27 October 2022

Aku dan Gua Musang

Gua Musang adalah salah satu daerah yang terletak di negeri Kelantan. Jadi apakah kaitannya Gua Musang dengan aku? 

Suamiku bukan anak Kelantan. Namun atas dasar mencari rezeki dan pengalaman, suami aku kini berada di Gua Musang. Ya, kami dalam perkahwinan jarak jauh. 

Masih aku ingat memori semasa dia memberitahu aku tentang keinginannya untuk ke sana. Pada awalnya dia memberitahu aku yang dia mendapat tawaran bekerja disana. Masa tu aku masih lagi tunang dengannya. Aku macam berbelah bagi tapi aku cakap dengan dia aku sokong je apa-apa keputusan dia. 

Tapi lepas beberapa ketika, cerita ni pun senyap. 

Dan paling epik, lagi seminggu nak nikah dia maklumkan padaku, yang dia menerima tawaran kerja tu. Aku ingatkan cerita ni dah terkubur. Bayangkan masa tu aku tengah stress pasal nak menikah, persiapan nak kahwin bagai. Dia ajak aku sarapan pagi tu untuk beritahu aku yang dia terima kerja sana. Aku dah tak tau nak buat apa. Aku sejujurnya terkejut dengan keputusan tu dan aku taktau nak kata apa. Aku cuma cakap, kita pun tak tahu kita okay ke tak. Awak cuba je lah dulu. Nanti fikir. 

Dan yeah, 3 minggu lepas nikah, suamiku pun menjadi warga Gua Musang. 

Adakah aku reda dengan keputusan beliau? Aku lebih kepada pasrah. Aku tak tahu nak memberi reaksi bagaimana. 

Kebetulan, 2 minggu selepas kami bernikah aku disahkan mengandung. Lagi aku bertambah-tambah serabut. Tapi keputusan dah dibuat dan aku juga tiada cara nak menghalang suami. Hahaha. 

Dan begitulah. Kami kini pasangan suami-isteri jarak jauh. Tak mudah. Bagi aku, janganlah berjarak-jauh suami isteri. Isteri perlukan suami disisi. Aku bercakap dari sudut aku. Aku perlukan suami aku disisi aku. Tapi aku kena kuat. 

Jarak memisahkan kita.

Tapi aku harap jarak ini akan menguatkan lagi kasih sayang kami berdua. 

P/s - diwaktu entri ini ditulis, aku dah keguguran, 3 bulan selepas disahkan mengandung. Doakan kami ya untuk dapat zuriat lagi! Insha الله. 

No comments:

Post a Comment

Aku dan Gua Musang

Gua Musang adalah salah satu daerah yang terletak di negeri Kelantan. Jadi apakah kaitannya Gua Musang dengan aku?  Suamiku bukan anak Kelan...