Thursday, 27 October 2022

Aku dan Gua Musang

Gua Musang adalah salah satu daerah yang terletak di negeri Kelantan. Jadi apakah kaitannya Gua Musang dengan aku? 

Suamiku bukan anak Kelantan. Namun atas dasar mencari rezeki dan pengalaman, suami aku kini berada di Gua Musang. Ya, kami dalam perkahwinan jarak jauh. 

Masih aku ingat memori semasa dia memberitahu aku tentang keinginannya untuk ke sana. Pada awalnya dia memberitahu aku yang dia mendapat tawaran bekerja disana. Masa tu aku masih lagi tunang dengannya. Aku macam berbelah bagi tapi aku cakap dengan dia aku sokong je apa-apa keputusan dia. 

Tapi lepas beberapa ketika, cerita ni pun senyap. 

Dan paling epik, lagi seminggu nak nikah dia maklumkan padaku, yang dia menerima tawaran kerja tu. Aku ingatkan cerita ni dah terkubur. Bayangkan masa tu aku tengah stress pasal nak menikah, persiapan nak kahwin bagai. Dia ajak aku sarapan pagi tu untuk beritahu aku yang dia terima kerja sana. Aku dah tak tau nak buat apa. Aku sejujurnya terkejut dengan keputusan tu dan aku taktau nak kata apa. Aku cuma cakap, kita pun tak tahu kita okay ke tak. Awak cuba je lah dulu. Nanti fikir. 

Dan yeah, 3 minggu lepas nikah, suamiku pun menjadi warga Gua Musang. 

Adakah aku reda dengan keputusan beliau? Aku lebih kepada pasrah. Aku tak tahu nak memberi reaksi bagaimana. 

Kebetulan, 2 minggu selepas kami bernikah aku disahkan mengandung. Lagi aku bertambah-tambah serabut. Tapi keputusan dah dibuat dan aku juga tiada cara nak menghalang suami. Hahaha. 

Dan begitulah. Kami kini pasangan suami-isteri jarak jauh. Tak mudah. Bagi aku, janganlah berjarak-jauh suami isteri. Isteri perlukan suami disisi. Aku bercakap dari sudut aku. Aku perlukan suami aku disisi aku. Tapi aku kena kuat. 

Jarak memisahkan kita.

Tapi aku harap jarak ini akan menguatkan lagi kasih sayang kami berdua. 

P/s - diwaktu entri ini ditulis, aku dah keguguran, 3 bulan selepas disahkan mengandung. Doakan kami ya untuk dapat zuriat lagi! Insha الله. 

Sunday, 31 July 2022

Entri Pertama

 Assalamualaikum. 

Nama aku Siti. Aku pernah berkecimpung dalam dunia blogging pada zaman muda-mudi dahulu. Tapi sejak hadirnya medium seperti Twitter dan Instagram, aku buat keputusan untuk tidak berblogging secara serius lagi. Segala entri lama telah aku padam. 

Dan hari ini, pada 30 Julai 2022, aku menulis semula kerana aku rasa ada keperluan untuk aku kongsi pengalaman kehidupan aku. 

Aku berumur 30an, sudah berumah tangga, dan bekerja sebagai seorang programmer di sebuah syarikat swasta. Hobi aku menonton drama korea, membaca mengenai kesihatan dan berehat dirumah. Haha. Boleh ke tu jadi hobi? 

Rasanya cukuplah sesi perkenalan kita disini. Siapa yang kenal aku, boleh lah baca ye entri bosan aku ni. Okay bye!

Aku dan Gua Musang

Gua Musang adalah salah satu daerah yang terletak di negeri Kelantan. Jadi apakah kaitannya Gua Musang dengan aku?  Suamiku bukan anak Kelan...